Terma dan Syarat

KELAYAKAN

1) Kelayakan untuk membuat rayuan melalui laman web ini adalah terbuka kepada:

(a) hanya pelajar-pelajar yang menerima keputusan peperiksaan STPM dan Matrikulasi pada tahun 2016;

(b) hanya permohonan kepada universiti awam (IPTA) melalui UPU dan permohonan biasiswa kerajaan (permohonan kepada universiti swasta tidak akan dilayan);

(c) (bagi permohonan kepada universiti awam melalui sistem UPU) pelajar-palajar yang berkeputusan layak, tetapi tidak mendapat sebarang tawaran daripada IPTA;

(d) (bagi permohonan kepada universiti awam melalui sistem UPU) pelajar-palajar yang berkeputusan layak, tetapi ditawarkan kursus bukan pilihan; dan

(e) (bagi permohonan biasiswa JPA) pelajar-palajar yang mendapat keputusan SPM/STPM cemerlang tetapi tidak ditawarkan biasiswa.

2) Penyerahan rayuan di laman web ini tidak menjanjikan kes anda akan dilayani. Keputusan akan dibuat oleh ahli-ahli panel HEAP. Keputusan Panel adalah muktamad.

PENAFIAN SAH

3) Adalah dengan ini anda memahami dan bersetuju bahawa HEAP dalam mana-mana keadaan tidak bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung terhadap sebarang kerugian, kehilangan keuntungan dan/atau perbelanjaan khusus, lanjutan atau sampingan akibat daripada apa-apa pengetahuan, kepercayaan, pergantungan dan penggunaan sebarang maklumat yang terkandung dalam laman web/portal ini termasuk :

  • Keupayaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan perkhidmatan ini;
  • Kos perolehan barangan dan perkhidmatan gentian berikutan pembelian sebarang barangan, data, maklumat, perkhidmatan atau mesej yang diterima atau transaksi yang dibuat menerusi atau daripada laman web ini;
  • Akses tanpa kebenaran atau perubahan dalam penghantaran data anda;
  • Kenyataan atau tindakan pihak ketiga di laman web ini; atau perkara-perkara lain yang berkaitan dengan web ini.

DASAR PRIVASI

4) Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Oleh kerana HEAP bertujuan untuk membantu pengadu-pengadu, maka maklumat yang dikumpul akan digunakan oleh HEAP untuk sebarang kemungkinan.

Maklumat Yang Dikumpul


Maklumat yang dikumpul adalah maklumat peribadi yang akan dikemukakan oleh anda melalui pendaftaran atau pengisian borang aduan HEAP.

Pihak HEAP tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan yang diakibatkan daripada penggunaan maklumat peribadi anda.

Pindaan Dasar

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, apa-apa pindaan terkini akan dimuat naikkan dan dipaparkan di laman web/portal ini untuk pengetahuan anda. Dengan sering melayari laman web/portal ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat terkini, cara penggunaan laman web ini dan bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak lain di dalam keadaan tertentu.